"Buat Suami, Berhati-Hati Dalam Tutur Bicara... Share Live Location Walau Tak Diminta" - Dr Izzar

27 Nov 2023 • 5:53 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar sempat memberikan pesanan ringkas kepada golongan suami yang ketika ini dihimpit dengan kisah sensasi pasangan berpoligami.

Tulis Dr Izzar di Instagramnya, para suami perlu sentiasa bersedia dan bijak menguruskan emosi isteri ketika ini yang kebanyakannya sedang meredam dengan cerita terbabit.

"Buat suami-suami di luar sana, bersedialah. Berhati-hatilah dalam tutur bicara bersama pasangan. 

"Iyakan sahaja apa diminta dan minta maaf siap2 walaupun taktau apa kesalahan yang telah dan akan dilakukan. 

"Wife share reel/ tiktok video yang kita sebenarnya dah tengok pun buat-buatlah macam tak pernah tengok lagi. 

"Sharelah juga live location kat whatsapp tu selalu walaupun tak diminta. Doakan yang baik-baik untuk semua," pesannya.

image is not available

Pesanan itu turut disertakan foto typografi berbentuk huruf jawi Alif yang rata-ratanya mengaitkan dengan kisah sensasi rumah tangga pasangan pempengaruh Aliff Teega dan Aishah Hijanah.

Namun, ada yang turut berseloroh dengan nama Alif lain.

"Pasni makcik FB yang tak kenal mesti tag Alif Satar, Aliff Syukri dan Aliff Aziz. Depa pun akan kena tempias juga," tulis seorang pengguna di ruang komen.

Terdahulu tular kisah pempengaruh Aliff Teega yang mengaku telah berkahwin dua dan mohon berdamai dengan takdir.





image is not available

View Original Article