Buat video baring bersama, netizen minta View Chin dan Mira umum jika sudah berkahwin

14 May 2024 • 2:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, View Chin dan Mira sekali lagi mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video memaparkan betapa rapatnya mereka berdua.

Menerusi satu hantaran di Instagram, View Chin telah membuat memuat naik satu video yang mana dia sedang berbaring bersama Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah di atas katil.

Video View Chin dan Mira

Dalam video itu, Mira termimpi View Chin sedang berlaku curang terhadapnya dengan seorang wanita misteri dan disebabkan mimpi itu, dia marah dan merajuk dengan View Chin sepanjang hari.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang mempersoalkan status hubungan kedua-dua pempengaruh media sosial ini kerana sering mencipta konten seperti ini.

Dah kahwin ke?

image is not available

image is not available

image is not available

Jangan buat konten macam ni kalau belum kahwin

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warganet yang meminta View Chin dan Mira untuk mengumumkan kepada orang ramai sekiranya mereka telah bernikah bagi mengelakkan fitnah.

Kalau dah kahwin, umum la dulu

image is not available

Umum kalau dah kahwin elak fitnah

image is not available

image is not available

Tunjuk sijil kahwin

image is not available

Ada juga netizen yang meninggalkan komen mengecam kedua-dua pempengaruh media sosial itu kerana tanpa segan silu membuat konten seperti itu.

Ni apa amoi rasa dulu

image is not available

Konten sampah

image is not available

Bila dah takde malu

image is not available

Dia yang rampas suami orang

image is not available

Terdahulu, bekas isteri View Chin iaitu Shermine telah mendedahkan lelaki itu telah berlaku curang terhadapnya dengan salah seorang pekerja mereka iaitu Mira.

Disebabkan itu, Shermine dan View Chin mengambil keputusan untuk bercerai namun mengambil keputusan untuk tetap berbaik demi anak-anak mereka.

image is not available

Selepas beberapa bulan terpisah, View Chin dan Mira kembali bersama dalam siaran langsung bersempena dengan promosi jualan barangnya dan sehingga kini, mereka masih bekerjasama malah kelihatan semakin rapat.

Sumber: Instagram View Chin