Buat Video Kentut Di Mikrofon Dalam Kapal TLDM, Content Creator Dikecam Netizen

Entertainment
14 May 2023 • 10:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh dengan isu sebuah video TikTok yang dibuat oleh TikToker yang dikenali sebagai Eyda yang dikatakan seperti telah memperlekehkan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dalam video TikTok yang berdurasi hampir seminit itu, dapat dilihat TikToker tersebut telah melawat sebuah kapal TLDM.

TikToker itu telah masuk ke bilik kawalan utama dan memegang mikrofon yang ada di dalam ruangan berkenaan.

Namun, apa yang menyebabkan orang ramai marah adalah apabila dia kemudiannya telah berlakon sakit perut dan telah berpura-pura melepaskan kentut pada mikrofon itu.

image is not available

Meskipun ramai yang berpendapat bahawa bunyi kentut tersebut hanyalah sound effect dan bukannya bunyi kentut betul, namun tindakannya itu tetap telah mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya berpendapat bahawa ia dilihat seperti tidak menghormati TLDM.

image is not available

Difahamkan, TikToker tersebut telah merakam video tersebut ketika sambutan ulang tahun TLDM di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu di mana orang awam diberi peluang untuk masuk ke dalam kapal tersebut baru-baru ini, lapor The Reporter.

Rata-rata warganet juga memohon agar pihak yang terbabit akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas wanita ini susulan video TikToknya ini kerana jika tidak, mungkin semakin ramai lagi orang awam atau content creator yang akan buat konten sama semata-mata untuk popular.

image is not available

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, ada juga netizen yang berpendapat bahawa mungkin juga video tersebut telah dibuat dengan kebenaran TLDM memandangkan kita dapat lihat ada anggota TLDM dalam video berkenaan.

image is not available

image is not available

Namun, TikToker tersebut telah memohon maaf setelah video TikToknya itu telah dikecam orang ramai.

Menurutnya, dia tidak mempunyai niat untuk memperlekehkan kapal yang merupakan aset pertahanan negara.

Apa pendapat korang?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.