Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun perkukuh Toyo Tires

LocalCars
11 Aug 2026 • 11:18 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun perkukuh Toyo Tires

PETALING JAYA – Toyo Tires baru-baru ini melancarkan manifesto jenama terbaharunya, ‘Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun’ yang menggabungkan kebanggaan sektor pembuatan tempatan dengan kejituan kejuruteraan Jepun untuk menawarkan tayar berkualiti tinggi pada harga mampu milik.

Teras ‘Buatan Malaysia’ digerakkan sepenuhnya oleh 100 peratus tenaga kerja tempatan di kilang Toyo Tires di Taiping, manakala ‘Keunggulan Jepun’ mencerminkan warisan kejuruteraan yang bermula di Osaka sejak 1945.

Toyo Tires mengaplikasikan teknologi kejuruteraan berpresisi tinggi serta falsafah Kaizen (penambahbaikan berterusan) dalam operasi pengeluaran di Malaysia bagi memastikan setiap produk memenuhi piawaian kese­lamatan dan ketahanan tinggi.

Image from: Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun perkukuh Toyo Tires

Bagi melengkapkan ekosistem pelanggan dan pengedar, Toyo Tires turut melancarkan dua platform digital baharu, antaranya aplikasi T-CARE untuk pengguna yang memudahkan pendaftaran tayar, tawaran cashback Touch ‘n Go eWallet sehingga RM40 bagi pengguna kali pertama, serta perlindungan jaminan tayar selama enam tahun.

Sementara itu, platform e-TEN bagi rakan niaga pula membo­lehkan pesanan dalam talian 24/7, pemprosesan inventori yang lebih pantas, dan menambah kecekapan operasi pengedar.

Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marke­ting Malaysia Sdn. Bhd., Tan Song Chye berkata, pihaknya merupakan satu-satunya pengeluar tayar di Malaysia yang menggabungkan kemahiran tukang tempatan dengan kejituan Jepun bagi mencapai standard kualiti premium.

“Produk yang hebat wajar di­susuli dengan pengalaman pe­langgan yang hebat. Kami mahu terus menjaga kebajikan pemandu melangkaui saat pembelian tayar, di samping menyediakan alat sokongan yang diperlukan rakan niaga untuk berkembang.

“Menerusi teknologi ini, kami dapat kekal rapat dengan mereka yang meletakkan kepercayaan kepada jenama kami,” katanya.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-69, syarikat mengadakan promosi Merdeka bermula 1 Ogos hingga 30 September 2026.

Promosi tersebut memberi pilihan kepada pelanggan yang pembeli empat biji tayar berpe­luang menerima ganjaran bernilai lebih RM500, termasuk cashback e-Wallet dan barangan eksklusif Thermos. -KOSMO! ONLINE

The post Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun perkukuh Toyo Tires appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved