Toyo Tires lancer dua aplikasi T-CARE, e-TEN

TechnologyCars
6 Aug 2026 • 6:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Toyo Tires lancer dua aplikasi T-CARE, e-TEN

PETALING JAYA: Toyo Tires hari ini melancarkan dua platform digital baharu, T-CARE dan e-TEN sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan ekosistem perkhidmatan syarikat.

Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn. Bhd., Tan Song Chye berkata, platform T-CARE dibangunkan bagi memudahkan pengguna mendaftarkan tayar yang dibeli selain menikmati pelbagai manfaat eksklusif.

Katanya, pengguna kali pertama turut layak menerima pulangan tunai Touch ‘n Go eWallet sehingga RM40 serta perlindungan jaminan tayar selama enam tahun bermula dari tarikh pembelian.

“Bagi rakan niaga pula, kami memperkenalkan platform e-TEN yang membolehkan pesanan dibuat secara dalam talian 24 jam sehari, selain mempercepatkan pengurusan inventori dan meningkatkan kecekapan operasi pengedar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Song Chye berkata, penyediaan platform digital itu selaras dengan usaha syarikat untuk memastikan pengalaman pelanggan terus dipertingkatkan seiring dengan kualiti produk yang ditawarkan.

“Produk yang hebat wajar disusuli dengan pengalaman pelanggan yang hebat. Kami mahu terus menjaga kebajikan pemandu selepas pembelian tayar, di samping menyediakan alat sokongan yang diperlukan oleh rakan niaga untuk berkembang.

“Menerusi teknologi, kami dapat kekal rapat dengan mereka yang meletakkan kepercayaan kepada jenama kami,” katanya.

Beliu dalam masa yang sama berkata, Toyo Tires turut melancarkan manifesto jenama baharunya, ‘Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun’, yang menggabungkan kekuatan sektor pembuatan tempatan dengan kepakaran kejuruteraan Jepun bagi menawarkan tayar berkualiti tinggi pada harga mampu milik kepada pengguna di negara ini.

Menurutnya, manifesto tersebut menegaskan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh industri automotif negara menerusi pembangunan tenaga kerja tempatan, pemahaman terhadap keperluan jalan raya di Malaysia serta warisan inovasi Jepun yang menjangkau lebih lapan dekad.

“Ia merupakan satu-satunya pengeluar tayar di Malaysia yang menggabungkan kemahiran tenaga kerja tempatan dengan ketepatan kejuruteraan Jepun bagi menghasilkan produk bertaraf premium.

“Kami merupakan satu-satunya pengeluar tayar di Malaysia yang menggabungkan kemahiran tukang tempatan dengan presisi Jepun bagi mencapai standard kualiti premium,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Toyo Tyre Malaysia Mike Toh berkata, syarikat turut mempercepat usaha pendigitalan dan pemodenan operasi pengeluaran menerusi inisiatif Intelligent Manufacturing Transformation (IMX).

“Kilang kami di Taiping kini sedang memajukan transformasi IMX bagi mewujudkan ekosistem pengilangan yang lebih pintar, cekap dan mampan. Bagi Toyo Tires, masa depan mobiliti bukan sahaja bermula dengan teknologi, tetapi dengan insan yang diperkasa untuk memanfaatkannya dengan baik,” katanya. – UTUSAN

The post Toyo Tires lancer dua aplikasi T-CARE, e-TEN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved