Buaya Betina Seberat 410kg Ditangkap Di Kebun Kelapa Sawit

LocalEnvironment
8 May 2025 • 10:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Buaya Betina Seberat 410kg Ditangkap Di Kebun Kelapa Sawit

BATU PAHAT, (Bernama) — Seekor buaya betina seberat 410 kilogram (kg) berjaya ditangkap penduduk Kampung Parit Gantong Laut, Taman Nira di sini selepas dikesan berada di sebuah kebun kelapa sawit, pagi semalam.

Pemilik kebun Azmil Sahman, 38, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika beliau sedang mengait buah sawit dan ternampak seekor haiwan yang disangka biawak sedang menuju ke arah parit berhampiran.

“Selepas diamati, saya sedar ia adalah buaya. Saya terus memanggil penduduk kampung dan kami bersama-sama menangkap haiwan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Azmil kejadian seumpama itu pernah berlaku tiga tahun lalu dan ketika itu, penduduk memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nur Eddy Paiman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan reptilia sepanjang 4.5 meter itu pada jam 10.30 pagi.

“Buaya berkenaan sudah berjaya ditangkap orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Haiwan tersebut kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved