Buaya dalam longkang ditangkap

LocalEnvironment
19 Mar 2025 • 2:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seekor buaya sepanjang dua meter yang dikesan di dalam longkang Jalan Seguntur, di hadapan sebuah pasaraya di sini, ditangkap oleh pasukan Bomba pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi talian balai pada jam 9.37 pagi.

Pasukan sembilan anggota dikerah ke lokasi sejauh 13km dari balai itu dan tiba pada jam 9.52 pagi.

Selepas menjalankan operasi menangkap buaya tersebut, haiwan itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.