
SANDAKAN: Sebuah blok rumah pekerja 12-pintu jenis kayu di Kilang Jit Fu Sdn Bhd, Kampung Seguntur musnah dalam kebakaran pada pagi Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus@Nidzam Sainkui berkata pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.17 pagi menerusi MERS999.
“Kebakaran melibatkan satu blok rumah pekerja 12-pintu jenis tidak kekal berkeluasan 100 kaki x 30 kaki terbakar 100 peratus.
“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki dengan tiga pancutan sumber air dari jentera bomba,” katanya dalam kenyataan.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.36 petang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
