
Buaya Dikesan Muncul Di Pelabuhan Di Kemaman
CHUKAI, 16 Nov (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menjalankan siasatan mengenai dakwaan kemunculan seekor buaya di sebuah pelabuhan di Teluk Kalung dekat sini semalam.
Pengarahnya Loo Kean Seong berkata siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kelibat reptilia berkenaan pagi tadi.
“Pasukan Perhilitan Kemaman telah berada di pelabuhan terbabit pagi ini untuk melakukan siasatan lanjut.
“Difahamkan kelibat buaya itu berada di pelabuhan berkenaan pada 8.30 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, tular menerusi aplikasi TikTok sejak semalam satu video berdurasi 14 saat memaparkan buaya berkenaan sedang berenang.
@era.je Jabatan PERHILITAN Terengganu menjalankan siasatan berhubung satu rakaman tular yang didakwa menunjukkan kelibat seekor buaya di kawasan Teluk Kalung. Video berdurasi 14 saat itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen selepas dimuat naik di media sosial. Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan segera menyalurkan maklumat sahih sekiranya melihat sebarang aktiviti hidupan liar di kawasan berkenaan. #sharERA . Kredit @bernamaofficial
BACA: Impian Kejuruteraan Terkubur Selepas Kemalangan, Kini Wanita Ini Temui Dunia Kek “Custom”
Sumber: Bernama
The post Buaya Dikesan Muncul Di Pelabuhan Di Kemaman appeared first on Siakap Keli.



![[Kemas Kini] ‘Saya tak pernah lari’: Namewee](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)