‘Saya tak pernah lari’: Namewee

LocalEntertainment
5 Nov 2025 • 8:40 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Pengarah filem dan penyanyi rap, Wee Meng Chee atau lebih popular dengan Namewee, muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi bagi membantu siasatan membabitkan kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sini, 22 Oktober lalu.

Namewee, 42, berkata demikian dalam perkongsian di Facebook malam tadi menjelaskan bahawa dia baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru.

Penggiat seni itu menjelaskan, dia hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis dan memberi keterangan.

"Sekarang saya sudah sampai di ibu pejabat polis seterusnya, saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan, supaya masyarakat dan keluarga mangsa mendapat penjelasan yang sewajarnya.

"Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari," katanya.

Semalam, media melaporkan siasatan menyeluruh berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, berusia 31 tahun itu dijalankan termasuk kemungkinan menahan Namewee.

Difahamkan, ia berikutan Namewee adalah individu terakhir yang berada bersama mangsa ketika kejadian.

Pempengaruh warga Taiwan yang cukup popular dengan gelaran 'Nurse Godess' itu ditemui mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, bulan lalu. - 5 November, 2025

The post ‘Saya tak pernah lari’: Namewee appeared first on Scoop.