Buaya Gergasi 5.43 Meter Ditangkap Di Pulau Bruit

LocalEnvironment
3 Nov 2026 • 8:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Buaya Gergasi 5.43 Meter Ditangkap Di Pulau Bruit

SIBU, 3 Nov (Bernama) -- Seekor buaya sepanjang 5.43 meter dengan anggaran berat melebihi 600 kilogram berjaya ditangkap di Kampung Sedi, Pulau Bruit, Daro hari ini selepas dua minggu diburu kerana mengancam keselamatan penduduk di sekitar muara Batang Paloh.

Penangkap buaya berlesen Jeferry Siew Seng Kwong, 41, berkata reptilia itu berjaya dipancing kira-kira 12 tengah hari sebelum beliau bersama pasukannya mendaratkannya pada 4.05 petang.

Beliau berkata buaya berkenaan sering memasuki sungai-sungai kecil yang menjadi laluan dan tempat penduduk menjalankan aktiviti harian, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan mereka.

“Penduduk di sini bergantung pada sungai kecil untuk aktiviti harian mereka. Sebab itu mereka terancam dengan kehadiran buaya terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jeferry berkata pasukannya telah menyasarkan buaya berkenaan sejak dua minggu lepas dan pernah berjaya memancingnya, namun haiwan itu terlepas selepas tali pancing putus.

Beliau berkata ancaman buaya di kawasan itu masih belum berakhir kerana terdapat seekor lagi haiwan terbabit yang dipercayai lebih besar dan masih belum berjaya ditangkap.

Baca juga:

Jeferry yang memiliki lesen memburu buaya daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah menangkap lebih 100 buaya sepanjang penglibatannya dalam aktiviti berkenaan.

Pada 7 Okt lepas, beliau bersama pasukannya turut berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 4.15 meter di Sungai Rajang berhampiran kawasan Stabau-Salim, Sibu.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved