Buaya lebih tiga meter terperangkap dalam longkang di Sungai Manggis

LocalEnvironment
14 Jun 2026 • 11:51 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Buaya lebih tiga meter terperangkap dalam longkang di Sungai Manggis

SHAH ALAM, 14 JUN: Kehadiran seekor buaya bersaiz lebih tiga meter dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Manggis, Banting mencetuskan kebimbangan penduduk setempat pada pagi Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia itu pada jam 9.07 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting segera digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira lima minit kemudian.

"Komander operasi melaporkan terdapat seekor buaya dianggarkan sepanjang 10 kaki atau lebih 3 meter berada di dalam longkang berhampiran jalan raya.

"Operasi menangkap reptilia itu kemudian dijalankan oleh anggota bomba yang berada di lokasi," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata seramai lapan anggota terlibat dalam operasi berkenaan dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux.

Menurutnya, operasi dijalankan bagi memastikan keselamatan orang awam memandangkan lokasi penemuan buaya itu berada berhampiran kawasan yang sering digunakan penduduk.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved