MELAKA - Seekor penyu sesat dan terperangkap berhampiran sebuah motel di Tanjung Kling di sini berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka pada Ahad.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi selepas haiwan berkenaan terperangkap di dalam longkang.
**media[3542926]**
“Sebaik tiba, didapati terdapat seekor penyu tersangkut di dalam longkang berkenaan sebelum bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan penyu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
“Penyu itu kemudian dilepaskan semula ke laut dalam keadaan selamat,” katanya.
**media[3542927]**






