Buaya muncul di Tasik Shah Alam, MBSA nasihat pengunjung berhati-hati

3 Sep 2024 • 11:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 SEPT: Orang ramai diminta berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam, Seksyen 7 di sini susulan kehadiran seekor buaya di tasik berkenaan pagi ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan pihkanya melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan PERHILITAN sedang mengambil tindakan selanjutnya.

“Berkenaan kemunculan seekor buaya di Tasik Shah Alam. MBSA melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Perhilitan mengambil maklum akan perkara ini.

“Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam Seksyen 7,” menurut pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved