Buaya tiga meter dikesan di Sungai Perak

LocalEnvironment
22 Oct 2026 • 8:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Buaya tiga meter dikesan di Sungai Perak

BAGAN DATUK: Penduduk dan kaki pancing mendakwa melihat kelibat seekor buaya bersaiz besar di Sungai Perak berhampiran Kampung Pasang Api, di sini, dua hari lalu.

Kaki pancing, Iwan Natiran, 32, dari Sungai Tiang Tengah, Selekoh berkata, dia terserempak dengan reptilia itu kira-kira pukul 4.30 petang ketika memancing di kawasan tebatan banjir di kampung tersebut.

Menurutnya, ketika itu dia ternampak buaya berkenaan berenang berhampiran batu di kawasan tebatan banjir sebelum bergerak perlahan-lahan di permukaan sungai.

“Saya menganggarkan panjangnya kira-kira tiga meter. Buaya itu bergerak perlahan-la­han dalam keadaan tenggelam timbul manakala badannya kelihatan bersisik dan berwarna hitam kebiruan.

“Kerana takut, saya meninggalkan joran di situ dan berlari untuk memaklumkan pendu­duk mengenai kehadiran repti­lia itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Iwan berkata, kejadian itu menyebabkan dia berasa takut untuk meneruskan aktiviti memancing kerana percaya buaya berkenaan masih berada di kawasan sungai di kampung itu.

Seorang penduduk, Suhaidi Basiran, 41, berkata, dia turut melihat kelibat seekor buaya ketika melalui jambatan berhampiran Masjid Tuminah, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin.

Katanya, reptilia itu dilihat bergerak dari arah sungai menu­ju ke jeti Bagan Datuk dan saiz­nya yang besar menyebabkan dia pada mulanya menyangka haiwan itu adalah kayu hanyut.

“Saya menganggarkan panjang buaya itu kira-kira tiga meter. Pada mulanya, saya me­nyang­ka kayu balak hanyut lalu membalingnya dengan batu.

“Selepas objek itu bergerak, barulah saya menyedari bahawa ia sebenarnya seekor buaya,” katanya.-UTUSAN.

The post Buaya tiga meter dikesan di Sungai Perak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved