Bubur Daging Yang Menyelerakan, Anda Perlu Cuba Port Breakfast Ketumbar Kafe

30 Nov 2022 • 11:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terdapat pelbagai jenis hidangan menarik juga!

Bubur Daging Yang Menyelerakan, Anda Perlu Cuba Port Breakfast Ketumbar Kafe. Sekiranya anda sedang mencari port breakfast baharu di Kuching, anda boleh cuba Ketumbar Kafe yang terletak di Jalan Semariang.

Menghidangkan pelbagai jenis hidangan sarapan yang menyelerakan, anda pasti tidak kecewa dengan makanan mereka!

image is not available
Bubur Daging Yang Menyelerakan, Anda Perlu Cuba Port Breakfast Ketumbar Kafe

Bubur berlauk jadi antara tarikan utama kafe ini

Antara tarikan utama kafe ini adalah bubur berlauk mereka – bubur mereka bukan sahaja menyelerakan, tetapi juga ditambah dengan topping yang penuh!

Anda juga boleh menikmati sandwich mereka yang juga diisi dengan penuh (diorang ni memang tak kedekut, serius!)

image is not available
Kredit foto: FB Ketumbar Kafe

image is not available
Kredit foto: FB Ketumbar Kafe

Selain menu sarapan pagi, kafe ini juga menyediakan makanan untuk makan tengah hari seperti nasi ayam penyet, mee goreng, nasi goreng, nasi aruk dan pelbagai lagi!

Sekiranya anda ingin memakan nasi campur, mereka juga menyediakan lauk yang berpelbagaian.

image is not available
Kredit foto: FB Ketumbar Kafe

image is not available
Kredit foto: FB Ketumbar Kafe

image is not available
Kredit foto: FB Ketumbar Kafe

Jika anda berminat untuk pergi ke sini, berikut adalah masa operasi mereka:
Masa operasi: Buka setiap hari KECUALI HARI AHAD, 8AM – 4PM (3PM untuk hari Rabu, Khamis dan Jumaat)
Lokasi: Anda boleh search ‘KETUMBAR KAFE’ dalam Google Maps (terletak di Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya)