Ini 5 Port Makan Terbaik Di Mukah Yang Anda Mesti Cuba

28 Nov 2022 • 9:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom kita sama-sama lihat tempat makan yang best di Mukah.

Ini 5 Port Makan Terbaik Di Mukah Yang Anda Mesti Cuba. Mukah bukan sahaja kaya dengan budayanya yang unik dan juga orangnya yang ramah, tetapi di sini juga terdapat banyak kedai makan yang memang enak anda boleh cuba.

Jika anda singgah ke Mukah mari cuba 5 tempat makan yang terbaik ini:

image is not available
Ini 5 Port Makan Terbaik Di Mukah Yang Anda Mesti Cuba. Kredit gambar: @santaicornererasya

image is not available
Kredit gambar: @santaicornererasya  

1. Santai Corner Erasya

Bagi peminat makanan western, anda boleh cuba hidangan istimewa ini di Santai Corner Erasya. Bukan sahaja menyediakan makanan western yang enak malah, harganya juga amat berpatutan membuatkan ramai gemar berkunjung di sini.

Menu lain seperti kueh tiau goreng kerang, pisang goreng cheese, tom yam, nasi ayam penyet banjir dan pelbagai lagi juga ada di sini. Jika anda ingin suasana chill sambil menikmati makanan enak, Santai Corner Erasya memang sesuai buat anda.

image is not available
Kredit gambar: @anggunbeachvillacafenguesthouse  

image is not available
Kredit gambar: @anggunbeachvillacafenguesthouse  

2. Anggun Beach Villa Cafe & Guest House

Sambil makan, sambil menikmati suasana pantai Mukah yang indah sekali. Di Anggun Beach Villa Cafe & Guest House, anda boleh menenangkan fikiran anda di tepi pantai sambil menikmati makanan. Antara menu yang sediakan di sini adalah nasi ayam penyet, makanan laut, dan pelbagai lagi menu lain.

image is not available
Kredit gambar: fb Tone Cafe Mukah

image is not available
Kredit gambar: fb Tone Cafe Mukah

3. Tone Cafe Mukah

Keistimewaan Tone Cafe ini adalah nasi ayam mereka di mana ia merupakan antara best selling menu di sini. Menu lain sepeti laksa Sarawak bersama udang yang besar dan segar, bakso, sup tulang dan aneka lagi menu menarik yang lain.

image is not available
Kredit gambar: @dayamkampungkafe 

image is not available
Kredit gambar: @dayamkampungkafe 

4. D Ayam Kampung

D Ayam Kampung menyediakan msakan ayam kampung resepi istimewa mereka. Antara menu yang anda boleh cuba di sini adalah sup ayam kampung, lalapan bakar dan nasi ayam bakar.

image is not available
Kredit gambar: @FriendcafeMukah

image is not available
Kredit gambar: @FriendcafeMukah

5. Friend Cafe Mukah

Friend Cafe Mukah ini menyediakan pelbagai jenis makanan menarik buat anda. Cakap sahaja nak makan apa, pasti anda akan jumpa di sini.

Antara menu yang anda boleh cuba di sini adalah, Mee Goreng Udang, Nasi Goreng Udang, Tomyam Udang, Nasi Ayam Penyet, Mee Belacan dan banyak lagi menu lain. Udang yang disajikan adalah besar-besar belaka dan segar!

Jadi tunggu apa lagi, jom singgah ke port makan di Mukah ini!