
JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun di Bulukumba, wilayah Sulawesi Selatan meninggal dunia selepas tidak makan dan minum selama 10 hari, lapor laman berita Detik.
Nakla Syafira menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU) Hospital H Andi Sulthan Daeng Radja sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) semalam.
Penghulu Loka, Rahmi Amrahi berkata, Nakla meninggal dunia bukan disebabkan ketiadaan makanan tetapi kehilangan nafsu makan akibat sakit yang dialami.
Keadaan Nakla semakin buruk semasa di rumah. Dia mengalami demam sehingga sukar untuk makan atau minum susu.
“Disebabkan keadaannya yang semakin merosot, kanak-kanak perempuan ini enggan makan, minum susu. Dia mengalami demam dan kejang di rumah,” tambah Rahmi. – AGENSI
The post Budak 1 tahun tak makan 10 hari meninggal dunia appeared first on Kosmo Online.





