Budak 11 Tahun Dirog*l Bergilir-Gilir Lepas Ikut Remaja Lelaki Mandi Di Air Terjun

20 Jul 2024 • 12:04 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
remaja rogol

Seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun melalui detik hitam dalam hidup selepas menjadi mangsa rogol beberapa kenalan lelaki.

Difahamkan, mangsa berkenalan dengan suspek pertama melalui media sosial. Suspek pertama itu kemudian memperkenalkan mangsa kepada tiga lagi individu lain.

image is not available

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek pertama dan suspek kedua disyaki merogol mangsa secara bergilir-gilir di dalam kereta ketika mereka keluar mandi-manda di kawasan air terjun Lata Kinjang, Tapah, Rabu lalu.

Mangsa kemudian dirogol suspek ketiga pada jam 8.30 malam hari yang sama ketika mangsa mengikuti suspek pulang ke rumahnya di sekitar daerah Hilir Perak.

image is not available

Manakala, suspek keempat merogol mangsa pada jam 12:30 tengah malam Khamis di kawasan semak di Teluk Intan semasa mangsa dan suspek keluar bersiar-siar.

Mangsa yang masih bersekolah itu kemudian membuat laporan polis jam 12.26 tengah hari Khamis untuk siasatan lanjut.

Laporan tersebut membawa kepada penangkapan kesemua suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun. Siasatan awal mendapati dua suspek masih bersekolah dan dua lagi tidak bersekolah.

Mereka ditahan reman selama 3 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

image is not available

Jap!