
Empat remaja lelaki ditahan polis, kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, empat suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan di lokasi berbeza antara jam 3 petang hingga 10 malam selepas mangsa yang juga murid sekolah membuat laporan polis jam 12.26 tengah hari, kelmarin.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan, suspek pertama dan suspek kedua merogol mangsa secara bergilir-gilir di dalam kereta ketika mangsa keluar bermandi-manda bersama suspek di kawasan air terjun Lata Kinjang, Tapah jam 6.30 petang, Rabu lalu.
"Pada 8.30 malam, hari yang sama, suspek ketiga merogol mangsa ketika mangsa mengikuti suspek pulang ke rumahnya di sekitar daerah Hilir Perak.
"Seorang lagi suspek merogol mangsa pada jam 12:30 tengah malam Khamis di kawasan semak di Teluk Intan semasa mangsa dan suspek keluar bersiar-siar.
"Hasil soal siasat awal yang dijalankan, didapati dua suspek yang masih bersekolah serta dua lagi tidak bersekolah mengaku terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.
BERITA TRENDING: Da’i Syed Tampil Perjelas Salah Faham Netizen Berkenaan Penarikan Rayuan Tuduhan Rogol
BERITA TRENDING: Kes Rogol: Da'i Syed Tarik Balik Rayuan
BERITA TRENDING: Rogol, Liwat Anak Tiri Konon Sebab Buang Santau, Tukang Cat Dipenjara 20 tahun & 6 Sebatan
BERITA TRENDING: Kes Rogol Mondy Tattoo Babit Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan - Peguam
Sumber: Harian Metro

