Budak 11 Tahun Sesak Nafas, Loya Kerana Disyaki Makan ‘Biskut Ganja’ Buatan Bapa

Entertainment
30 May 2023 • 4:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bapa berusia 38 tahun ditahan pihak polis apabila anaknya yang berusia 11 tahun didapati loya dan sesak nafas kerana termakan biskut mengandungi ganja buatannya.

Dalam siaran media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, insiden itu berlaku selepas pihak polis menerima laporan daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Lawin berhubung seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya.

Menurut Ketua Polis Perak, Dato’ Sri Mohd Yusri Bin Haji Hassan Basri, hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu telah makan biskut disyaki dicampur dengan ganja yang menyebabkan dia dihantar ke Hospital Gerik dan dirujuk ke Hospital Taiping.

image is not available

Saringan ujian awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan telah direman mulai 30 Mei sehingga 3 Jun untuk siasatan lanjut.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kkanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, PDRM Perak menasihatkan masyarakat agar lebih berhati-hati dan mengambil iktibar agar kejadian ini tidak berulang lagi.

Pihak mereka turut mengingatkan orang ramai untuk terus menyalurkan sebarang informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar jenayah ini dapat terus dibanteras.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.