Budak 12 tahun lemas terjatuh dalam loji air

8 Mar 2026 • 8:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba menarik mayat mangsa yang terjatuh ke dalam loji air.

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji air di Taman Widuri Indah di sini, pada Ahad.

Mangsa dikatakan terjatuh ke dalam loji terbabit ketika sedang memancing.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat kejadian jam 2.22 petang

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati benar terdapat seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam loji air tersebut.

"Mangsa berjaya ditemukan pada jam 2.49 petang menggunakan peralatan 'grappling iron' dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,"katanya.

Operasi tersebut melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Senawang dengan bantuan BBP Teluk Kemang menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).