Lelaki maut kereta jatuh gaung

LocalCars
9 Mar 2026 • 6:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di lokasi kemalangan di jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak pada Ahad.

GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.46 malam.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 28 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa berusia 56 tahun mengalami cedera parah selepas dipercayai tercampak keluar dari kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung kira-kira 80 meter.

"Anggota bomba kemudian menjalankan operasi membawa naik mangsa dari kawasan gaung berkenaan," tambahnya.

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jam 1.15 pagi pada Isnin.

"Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved