Budak 2 Tahun Cuci Macbook Ayah Lepas Terdengar Rungutan Banyak Sampah

Entertainment
26 Oct 2022 • 5:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak tahu lah nak marah atau nak sedih buat si bapa ni bila dah tengok apa yang anaknya yang baru berumur 2 tahun dah buat.

Kanak-kanak dari wilayah Shandong, China itu telah merosakkan komputer riba jenama Macbook Apple milik ayahnya dengan membasuhnya dengan sabun dan air selepas mendengar dia mengadu tentang “terlalu banyak sampah” di dalamnya.

 

‘Mandikan’ Macbook ayah

Ibunya, Zhang memberitahu sumber bahawa anak perempuannya telah membawa Macbook itu untuk ‘mandi’ sekitar jam 10 pagi Khamis lalu (20 Okt).

Apabila dia memasuki bilik air, dia terkejut melihat Macbook itu berendam dalam baldi berisi air sabun.

Disebabkan kelakuan anaknya itu, Macbook tersebut tidak dapat dihidupkan semula walaupun dia berusaha sedaya upaya untuk mengeringkannya.

Menurut ibunya, si bapa ini beli Macbook tersebut pada 3 tahun lepas dengan harga RM5856.67. Dia membuat tindakan sedemikian sebab terdengar bapanya mengeluh yang Macbook itu ada banyak sampah.

“Pada masa itu, kami tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis. Kami mahu pukul dia tetapi kami menyedari bahawa dia terlalu muda untuk memahami apa yang telah dilakukannya,” katanya.

Netizen juga turut terhibur dengan tindakan gadis kecil itu yang ‘berniat baik’ dengan mengatakan bahawa dia harus dipuji kerana cuba memastikan Macbook bersih.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.