Budak 2 Tahun Jadi Korban Pertama Banjir Terengganu, Lemas Terjatuh Di Halaman Rumah

19 Dec 2022 • 11:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belum reda dengan berita yang begitu mendukacitakan seluruh rakyat Malaysia, berlaku satu lagi tragedi menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi mangsa korban pertama banjir di Terengganu.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa bernama Nur Hilwa Idris Mohd Haris Zaifan ditemui ahli keluarga terapung di dalam parit berhampiran rumah ibu saudaranya kira-kira jam 3 petang, Ahad lalu.

image is not available

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata sewaktu kejadian, kanak-kanak perempuan itu berada di rumah ibu saudaranya yang terjejas banjir.

Difahamkan, mangsa dikatakan keluar bersendirian melalui pintu dapur sebelum terjatuh di dalam air banjir lalu dihanyutkan arus.

“Kejadian dikatakan berlaku ketika ibu saudara mangsa yang berada di rumah sedang bersiap-siap untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana paras air semakin meningkat sebelum mendapati mangsa telah keluar sendiri melalui pintu dapur.

“Mangsa dikatakan terjatuh di dalam air banjir dan dihanyutkan arus dalam kejadian itu,” katanya.

Tambahnya, kehilangan kanak-kanak tersebut hanya disedari kira-kira 40 minit kemudian. Orang kampung menjumpai mayat mangsa terapung di dalam parit berkenaan terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu saudaranya.

Rohaimi turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga lebih peka terhadap keselamatan anak-anak mereka pada musim tengkujuh ini.

Dalam pada itu, ibu saudara mangsa, Cik Puan Nia’s telah berkongsi hantaran mengenai tragedi pilu itu di laman Facebooknya.

“Ya Allah, Ya Allah, doakan anak sepupu saya jatuh dalam banjir lemas. Mohon doa-doa sahabat.

“Mangsa tak dapat diselamatkan, paru-paru dipenuhi air, jantung terhenti. Kes mangsa lemas di Terengganu. Besar sungguh ujian ibumu dik. Allahuuakbar anak syurga,” katanya.

image is not availableBaca: “Dia pucat, sejuk, tak bernadi” – Anggota APM Kongsi Pengalaman Sedih Selamatkan Mangsa Runtuhan

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.