Budak 2 tahun maut, motosikal ditunggang ibu terbabas langgar tembok batu

24 Apr 2026 • 11:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun mengalami kecederaan ringan dan manakala kanak-kanak perempuan lima tahun tidak cedera. Foto tular

BUKIT MERTAJAM -  Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut manakala ibunya cedera parah selepas motosikal mereka terbabas dan melanggar tembok batu di Jalan Song Ban Kheng, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Senior Asisten Komisioner Helmi Aris berkata pihaknya menerima maklumat kemalangan pada jam 7.45 pagi.

"Kanak-kanak tersebut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam akibat kecederaan di kepala. Wanita tempatan berusia 30 tahun itu juga mengalami kecederaan pada kepala.

"Seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun mengalami kecederaan ringan dan dirawat di hospital sama manakala kanak-kanak perempuan lima tahun tidak cedera,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Wanita itu difahamkan dalam perjalanan untuk menghantar dua anaknya ke sekolah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved