Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang

24 Apr 2026 • 8:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sufaira dilaporkan hilang sejak Rabu.

AMPANG – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, remaja dikenali sebagai Sufaira Anuwar Jamil kali terakhir dilihat kira-kira jam 11 pagi ketika keluar dari rumah di Taman Muda untuk mengambil barang di rumah rakannya.

"Kehilangan remaja itu disyaki selepas dia dipercayai mengikuti seorang rakan lelaki.

“Remaja itu berketinggian 148 sentimeter dan 40 kilogram," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Khairul Anuar berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Orang awam juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau pegawai penyiasat kes, Sarjan Mejar Nolee Mohd Azemi di talian 011-1025 0165," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved