
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui sesiapa sahaja yang terlibat dengan kes dadah seperti menjual, menyimpan mahupun mengambilnya merupakan satu kesalahan undang-undang.
Bahkan hukuman berat turut dikenakan kepada individu yang didapati bersalah dalam kes melibatkan dadah.
Terdapat pelbagai jenis bahan yang diklasifikasikan sebagai dadah dan ia diharamkan kerana bukan sahaja bahaya pada kesihatan tetapi turut merosakkan anak bangsa.
Influencer lelaki ditahan bantu kes kanak-kanak perempuan positif dadah
Terbaharu polis di Melaka telah bertindak menahan seorang pempengaruh lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) atau dikenali sebagai ganja.
Jelas Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar influencer berkenaan merupakan anak kepada pengasuh kanak-kanak tersebut.
Dah direman pada 16 April selama 7 hari, reman disambung lagi 5 hari
Sebelum ini suspek telah direman selama tujuh hari bermula dari 16 April dan reman tersebut disambung lagi lima hari bermula hari ini (23 April) sehingga 27 April untuk membantu siasatan.
“Pada 14 April, kira-kira 5 petang seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka telah menerima mangsa dalam keadaan separuh sedar dan mendapati keputusan ujian saringan air kencing mangsa positif tetrahydrocannabinol.
“Ibu mangsa memaklumkan kepada pegawai perubatan berkenaan bahawa mangsa diambil dari rumah pengasuh di Sungai Putat dan pada 11 April mangsa telah diberikan bantuan rawatan pernafasan melalui tiub di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka,” jelasnya, lapor Harian Metro.
Menurut beliau ekoran daripada insiden itu, sepasukan pegawai serta anggota dari Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Poilis Kontinjen (IPK) Melaka telah menahan influencer berusia 39 tahun sekitar jam 9.30 malam, 15 April untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ujian air kencing influencer negatif
Tambahnya lagi, hasil semakan dilakukan mendapati influencer terbabit tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
Manakala hasil ujian saringan air kencing pula didapati negatif, kanak-kanak perempuan itu juga sudah pulih serta dibenarkan pulang ke rumah.
Menurut Malaysia Gazette, influencer yang ditahan mempunyai seramai 600,000 pengikut di media sosial.






