Budak Perempuan 3 Tahun Positif G*nja, Polis Tahan Pempengaruh

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

budak 3 tahun positif ganja pempengaruh

Kes kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang disahkan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) atau ganja mendapat perhatian apabila polis menahan seorang lelaki yang juga pempengaruh media sosial bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar, pempengaruh terbabit berusia 39 tahun merupakan anak kepada pengasuh kanak-kanak itu.

Suspek kini direman tujuh hari bermula 16 April dan disambung lagi lima hari hingga 27 April bagi membantu siasatan.

Kejadian mula terbongkar apabila pegawai perubatan menerima mangsa di Hospital Melaka kira-kira jam 5 petang 14 April lalu dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati ujian saringan air kencing mangsa positif THC iaitu bahan aktif yang lazim dikaitkan dengan dadah jenis ganja.”

Difahamkan, mangsa pada ketika itu berada di bawah jagaan seorang pengasuh di Sungai Putat sebelum diambil ibunya dan dibawa mendapatkan rawatan.

“Mangsa sebelum ini turut menerima rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan di zon merah hospital sama pada 11 April lalu,” katanya.

Tambah Dzulkhairi, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang ke rumah.

Tangkapan terhadap suspek dilakukan sepasukan anggota dari Cawangan D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) Melaka.

Tambah beliau, semakan rekod lampau mendapati suspek tiada rekod jenayah manakala ujian saringan air kencing ke atasnya juga didapati negatif.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.