
Kota Kinabalu: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lintas, di sini, awal pagi Isnin.
Dalam kejadian jam 5.48 pagi itu, kanak-kanak perempuan yang belum diketahui identitinya itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa termasuk remaja perempuan berusia 15 tahun dan pemandu perempuan berusia 59 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan treler.
“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati pemandu treler itu, seorang lelaki berusia 38 tahun, sedang dalam perjalanan dari Tawau menghala ke Penampang, meneruskan perjalanan ketika melalui Jalan Lintas kerana lampu isyarat masih hijau.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Ketika tiba di satu simpang, pemandu Proton Saga yang berada disusur pusingan U dari arah bertentangan tiba-tiba keluar dan melanggar bahagian tepi kiri treler tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohd Zaidi berkata, akibat perlanggaran itu, Proton Saga yang dinaiki tiga mangsa terbabas ke bahu kiri jalan.
“Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang telah dibawa oleh pihak ambulans ke hospital untuk rawatan selanjutnya manakala seorang lagi penumpang cedera di bahagian kepala.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi pada jam 6.15 pagi dan mayatnya kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian.
“Operasi mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit dalam kenderaan segera dilakukan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa kanak-kanak yang maut itu tiada hubungan kekeluargaan dengan pemandu.
“Mangsa yang maut ialah anak kepada rakan pemandu dan ketika kejadian, mangsa mungkin menumpang kenderaan itu untuk ke sekolah,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


