Mangsa ribut terima sumbangan Ahli Parlimen Sekijang

20 Jun 2023 • 4:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penduduk menunjukan bumbung sekolah yang diterbangkan angin di Kampung Tahang Rimau.

image is not available
Zaliha (dua dari kiri) melawat mangsa ribut di Kampung Tahang Rimau.

SEGAMAT - [DIKEMASKINI] Sebanyak 40 buah keluarga yang terjejas dalam kejadian ribut yang melanda pada Isnin menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa.

Kesemua penduduk tersebut dari sekitar Parlimen Sekijang.

Zaliha yang juga Menteri Kesihatan turut menzahirkan simpati dengan nasib mangsa ribut yang diuji bencana itu sehingga meragut nyawa seorang penduduk.

"Ribut melanda pada malam Isnin itu, telah merosakkan rumah penduduk.

**media[2238538]**

"Saya akan adakan pertemuan bersama Pegawai Daerah Segamat bagi mendapatkan jumlah sebenar mangsa terlibat dan kemusnahan yang dialami mereka," katanya ketika menziarahi penduduk di Kampung Tahang Rimau pada Selasa.