Budak 7 Tahun Didakwa Kena Lempang Dengan Ustazah Sampai Pipi Bengkak, Gara-gara Tak Jumpa Surat Dalam Beg

Entertainment
20 Sep 2023 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu perkongsian kini tular di media sosial berkenaan tindakan seorang guru sekolah yang digelar sebagai ustazah melempang anak murid sekolah rendah hingga mengundang kemarahan netizen.

Kesan tampar itu telah menyebabkan pipi mangsa bengkak dan difahamkan ia sebab perkara yang remeh.

Menurut perkongsian di platform X, individu yang dipercayai sepupu kepada mangsa menjelaskan bahawa mangsa dilempang dengan begitu kuat hanya kerana tidak menjumpai surat yang ada di dalam begnya.

Difahamkan, mangsa dilempang di depan orang ramai termasuklah di hadapan guru-guru lain.

“Ustazah tu mintak surat, cousin i cari dalam bag tak jumpa then just because cousin I tak jumpa she lempang my cousin????? KENAPA DIA TAK TOLONG CARI ATLEAST??? KENAPA KENA LEMPANG DEPAN ORANG RAMAI??”

Mangsa yang baru sahaja berumur 7 tahun pergi ke klinik bersama ibunya dan doktor mengesahkan bahawa pipinya dilempang dan ia telah menyebabkan bengkak.

image is not available

Malah, keluarga mangsa ada menghubungi pihak sekolah dan mereka yang menyaksikan kejadian tersebut tak bertanyakan langsung akan keadaan mangsa.

image is not available

“Ustazah tu badan sah la lagi besar daripada budak umur 7 tahun. Benda la kau fikir masa kau lempang ek badan besar tangan pun mesti lah besar kan.”

Difahamkan, kejadian ini berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di Klang dan sepupu kepada mangsa ada mendedahkan nama ustazah tersebut.

Jelas wanita ini lagi, surat yang dicari itu akhirnya dijumpai selepas mangsa dilempang oleh pelaku. Kes ini telah menjadi kes polis dan dikatakan suspek telah dihubungi oleh pihak polis.

image is not available

Dikhabarkan lagi, selepas kes ini tular, guru besar di sekolah tersebut baru hubungi keluarganya untuk selesaikan masalah ini. Agak mengecewakan buat wanita ini apabila mendengar alasan pihak sekolah sibuk dengan kursus menjadi sebab mereka lambat memberi respon.

Harap lah isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article