Budak 7 Tahun Ditemui Tak Terurus Tepi Jalan, Rupanya Mangsa Rogol & Dera

19 Apr 2023 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak polis telah menahan tiga orang suspek, dua lelaki dan seorang perempuan yang disyaki terbabit dalam kes rogol dan dera seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke sebuah balai polis di daerah Manjung, Perak oleh seorang warga tempatan yang dijumpainya dalam keadaan tidak terurus serta kusut-masai, kira-kira jam 11.50 pagi pada Isnin lepas.

Menerusi siaran media Polis Diraja Malaysia (PDRM), hasil pemeriksaan di Hospital Seri Manjung mendapati kanak-kanak tersebut dipercayai didera dan dirogol, terdapat kesan kecederaan baru dan lama pada badan mangsa.

image is not available

Pun begitu, Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata, tiga orang suspek, dua orang lelaki serta seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penderaan ini.

Dalam kenyataan yang sama, mereka difahamkan berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun serta mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.