Budak 8 tahun cedera diserang lima anjing liar di Pantai Kuala Kemasin

3 Oct 2026 • 4:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Budak 8 tahun cedera diserang lima anjing liar di Pantai Kuala Kemasin

SHAH ALAM, 3 OKT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera di kepala dan leher selepas diserang lima ekor anjing liar ketika bermain di Pantai Kuala Kemasin, Bachok, kelmarin.

Bapa mangsa, Zuraiman Mahmod, 47, berkata kejadian kira-kira 9.30 pagi itu berlaku ketika Azuar Firdaus Zuraiman bermain bersama lima saudaranya sebelum mereka dikejar sekumpulan anjing liar.

Katanya, anaknya terjatuh sebelum digigit beberapa ekor anjing terbabit dan hanya berjaya menyelamatkan diri selepas masuk ke dalam air.

“Seorang buruh yang berada berdekatan menyedari kejadian itu lalu membantu menghalau anjing terbabit sebelum membawa anak saya keluar dari kawasan pantai,” katanya seperti dilaporkan Kosmo Online.

Zuraiman berkata anaknya kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Balai sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan menjalani prosedur jahitan pada kepala serta leher.

“Azuar Firdaus masih dirawat di wad untuk pemantauan doktor.

“Saya sudah lama melihat anjing liar berkeliaran di kawasan itu dan penduduk juga sudah melaporkan keadaan berkenaan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved