Budak 8 tahun maut ditimpa tembok pagar masjid yang runtuh akibat dirempuh motosikal pelajar sekolah

20 Sep 2023 • 3:19 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun meninggal dunia selepas ditimpa tembok pagar masjid dalam kejadian yang berlaku kelmarin, 18 September 2023.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di kawasan tempat letak motosikal di Masjid Raya Lubuk Minturun, Kota Padang, Indonesia.

Video kejadian yang menimpa mangsa itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan kini tersebar di media sosial.

Menurut Suara Merdeka kira-kira jam 3.15 petang, kelihatan mangsa dan seorang lagi rakannya berada di tempat mengambil wudhu.

Dalam masa sama, datang beberapa pelajar sekolah yang menaiki motosikal mmasuki kawasan parkir tersebut dan secara tiba-tiba motosikal salah seorang pelajar memecut ke depan menyebabkan kenderaan itu terangkat lalu merempuh tembok pagar.

Mangsa yang ketika itu sedang mengambil wudhu, ditimpa tembok pagar, manakala rakannya sempat melarikan diri.

Beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian itu terkejut dan memeriksa kawasan kejadian sebelum mendapati mangsa ditimpa tembok pagar.

Mangsa sempat dikeluarkan dari runtuhan tembok itu dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved