Terhempap Dinding Runtuh Dirempuh Motosikal Pelajar Sekolah, Kanak2 Berwuduk Maut

20 Sep 2023 • 5:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun meninggal dunia apabila terhempap dinding runtuh ketika mahu mengambil wuduk.

Memetik laporan dari Tribun Padang, kejadian berlaku di Masjid Raya Lubuk Minturun, Kota padang, Indonesia pada 10 September 2023 lalu.

Terhempap dinding runtuh

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, dapat dilihat yang ketika mangsa hendak mengambil wuduk, dinding tembok tiba-tiba sahaja runtuh selepas dirempuh oleh penunggang motosikal dipercayai remaja Sekolah Menengah Pertama (SMP).

Buat aksi bermotosikal di kawasan parkir

Ketika itu, remaja terbabit telah memecut motosikal ke hadapan sebelum terangkat sehingga melanggar dinding tembok.

Mangsa yang sedang berwuduk sekitar jam 3.15 petang telah terhempap dinding runtuh berkenaan manakala rakannya sempat berlari menyelamatkan diri.

image is not available

Beberapa orang awam yang kebetulan berada di masjid berkenaan segera berlari mendapatkan kanak-kanak berkenaan dan mendapati mangsa telah mengalami kecederaan parah akibat rempuhan tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak sempat dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.

Sumber: Tribun Padang, Instagram ndorobei.official