Budak 8 tahun rentung dalam kebakaran, tak sempat diselamatkan oleh ibu

22 Aug 2024 • 3:25 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun, Mohd Qalish Abdul Jumain, ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Telisai, Lahad Datu, pada malam Rabu. Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam tadi dan mayat mangsa ditemui di dalam bilik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 malam. Seramai 15 anggota bomba bersama empat anggota Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Felda Sahabat telah dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 55 kilometer dari balai bomba.

Kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal dan tiga motosikal yang terbakar sepenuhnya.

Ketika kejadian, terdapat 13 ahli keluarga di dalam rumah tersebut. Ibu mangsa hanya sempat menyelamatkan dua anaknya yang lain sebelum api marak dan menghalangnya daripada menyelamatkan Mohd Qalish.

Mayat mangsa ditemukan pada jam 10.59 malam selepas kebakaran berjaya dipadamkan. Mayat tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Sinar Harian