Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

22 Aug 2024 • 10:25 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kanak-kanak lelaki itu ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah kayu di Kampung Telisai, Tungku di Lahad Datu malam tadi. – Gambar Facebook

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah kayu di Kampung Telisai, Tungku di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad, Datu Sumsoa Rashid berkata, mayat Mohd Qalish Abdul Jumain itu ditemukan oleh anggota bomba di dalam bilik rumah terbabit.

“Panggilan kebakaran diterima pada 9.46 malam dan sepasukan 15 anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 55 kilometer dari bandar.

“Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman kebakaran dengan bantuan Pasukan Bomba Sokongan Felda Sahabat.Tiga motosikal turut musnah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Sumsoa operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.45 tengah malam, dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved