Budak autistik 9 tahun lemas di tasik hotel

LocalFamily & Parenting
25 Mar 2026 • 9:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular memaparkan seorang kanak-kanak cuba diselamatkan selepas ditemukan lemas di dalam tasik sebuah hotel di Lukut pada Selasa.

PORT DICKSON- Kegembiraan sekeluarga bercuti di daerah ini bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas di dalam tasik sebuah hotel di Lukut di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada ahli keluarga mangsa pada jam 8 malam.

"Lelaki tempatan berusia 44 tahun membuat aduan memaklumkan mangsa lemas dan disahkan meninggal dunia.

"Kejadian disedari berlaku pada jam 3.30 petang apabila mangsa didapati telah keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarga," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang autistik dan sedang bercuti bersama keluarga di hotel terbabit.

Tambahnya, keluarga yang menyedari mangsa tiada di bilik telah mencarinya di kawasan sekitar sebelum ditemukan lemas di dalam tasik oleh kakitangan hotel.

"Bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan di Jabatan Forensik Port Dickson pada Rabu mengesahkan punca kematiannya adalah lemas dan kes disiasat di bawah mati mengejut,"katanya