Budak Autistik Umur 11 Tahun Dah Ada Master, IQ Kalahkan Einstein & Stephen Hawking!

Entertainment
11 May 2023 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang budak perempuan autistik berusia 11 tahun berasal dari Mexico City telah melengkapkan pengajian peringkat master dan tak lama lagi akan menerima ijazah tersebut.

Lebih mengejutkan, Adhara Perez Sanchez ini mempunyai tahap IQ yang menakjubkan iaitu 162! Untuk rekod, legenda dan pakar fizik yang terkenal seantero dunia, Stephen Hawking hanya 160.

Menurut laporan, Adhara menamatkan pendidikan sekolah menengahnya pada usia yang sangat muda iaitu tujuh tahun selain beliau kini bekerja dengan Agensi Angkasa Mexico dan membantu agensi angkasa lepas tersebut mempromosikan penerokaan angkasa lepas di kalangan generasi muda.

Disiplin beliau untuk sarjana juga tidak kurang mengagumkan. Beliau memperoleh ijazah dalam sistem dan kejuruteraan industri dengan pengkhususan dalam matematik dari Universiti Teknologi Mexico. Kelayakan teknikal ini pada usia yang sangat muda membuatnya menonjol daripada orang lain seusianya.

image is not available

Pun begitu, walaupun mempunyai IQ yang cukup tinggi, Adhara menjadi mangsa buli kerana mempunyai masalah dalam pertuturan.

Semasa berusia tiga tahun, Adhara disahkan mengalami kecacatan perkembangan selepas pertuturannya merosot dengan ketara. Ini menyebabkan dia terpaksa bertukar sekolah tiga kali dan kakitangan kelas lamanya serta rakan sekelasnya tetap tidak peduli dengan pencapaiannya.

Menurut ibunya, guru langsung tiada empati selain memberitahu anaknya sering menyendiri, tidak mahu bermain dengan rakan-rakan lain kerana anaknya berasa lain dari orang lain serta bersikap janggal.

“Dia boleh berada di sekolah untuk seketika tetapi kemudian dia tidak boleh, dia tertidur, dia tidak mahu melakukan apa-apa lagi”

Tambahnya lagi, anaknya sering menjadi bahan tawa di sekolah dan mereka di sana tiada empati terhadap anaknya tersebut. Ini telah menyebabkan Adhara depresi.

image is not available

Pun begitu, ianya sedikitpun tidak mematahkan semangatnya dan mengejar cita-citanya untuk menjadi angkasawan dan meneroka planet Marikh.

Tahun lalu, Universiti Arizona telah menawarkan biasiswa kepadanya untuk mempelajari astrofizik. Bagaimanapun, disebabkan komplikasi visa, dia terpaksa menangguhkan pengajian tersebut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.