Budak Dakwa Alami Alahan Dengan Bau Buku Gara-gara Tak Nak Buat Kerja Sekolah

Entertainment
17 Sep 2022 • 1:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lumrah kanak-kanak tu kan bermain. Jadi, bila kena buat kerja sekolah, memang ramai budak-budak yang liat sikit kan. Kita dulu pun macam tu jugak masa sekolah rendah, macam-macam alasan guna sebab malas belajar.

Namun, lain pula alasan yang digunakan oleh seorang budak lelaki di China ini untuk mengelakkan diri dari menyiapkan kerja sekolahnya.

Menurut South China Morning Post, gelagat seorang budak lelaki enggan membuat kerja rumahnya tular di media sosial negara itu setelah dikongsikan oleh ibunya.

image is not available

Dalam video terbabit, budak lelaki itu telah mengatakan kepada ibunya bahawa dia mengalami alahan dengan bau buku.

Katanya lagi, sebab itu lah dirinya menangis kerana alergik terhadap bau tersebut dan itu menyebabkannya tidak boleh membuat kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.

Dapat dilihat juga dalam video itu bahawa budak lelaki itu menggunakan tisu untuk mengelap hidungnya yang berair.

Dia juga dilihat bersin dan air matanya turut mengalir. Namun, setelah ibunya mahu membawanya ke hospital, budak lelaki itu menolak.

image is not available

Wanita dalam video itu turut bertanya kepada anak lelakinya itu mengapa tiba-tiba tahun ini dia mengalami alahan sedangkan lima tahun sebelum ini, dia tak pernah ada alergik.

Menurut wanita berkenaan, itu bukanlah kali pertama anaknya itu cuba mengelak dari buat kerja sekolah.

Walaupun ramai netizen China yang terhibur dengan gelagat budak lelaki itu, namun ada juga yang mempercayai bahawa alahan terhadap bau kertas buku betul-betul wujud.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Ada juga yang berpendapat mungkin budak tersebut mengalami masalah psikologi yang menyebabkannya malas membuat kerja sekolah.

Untuk pengetahuan semua, murid sekolah rendah dan menengah di China perlu meluangkan masa secara purata selama 2.82 jam sehari untuk siapkan kerja sekolah.

Tempoh masa tersebut adalah 3.7 kali lebih lama daripada masa yang diluangkan oleh murid-murid di Jepun untuk membuat kerja sekolah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.