Budak dua tahun ditemukan lemas selepas jatuh di muara sungai

26 Dec 2023 • 12:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

TAWAU, 26 DIS: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Kampung Kurnia Jaya di sini petang semalam, ditemukan lemas pada 6.45 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata mayat Adwa Iman Muhammad Iswan itu ditemukan orang awam kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di lokasi dan kes diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut, operasi ditamatkan pada 7.40 pagi,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan seorang kanak-kanak lelaki tergelincir ke dalam muara sungai itu selepas bermain di belakang rumahnya kira-kira 5.30 petang.

Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna putih terjatuh ke dalam muara berkenaan kemudian dibawa arus sungai.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved