Budak dua tahun maut jatuh di rumah pengasuh

LocalFamily & Parenting
7 Aug 2024 • 9:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut. Foto hiasan

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia pada Selasa ketika menerima rawatan akibat terjatuh di lantai rumah pengasuhnya di Taman Cempaka di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, laporan kejadian itu diterima sekitar jam 7.20 malam daripada ayah mangsa pada Isnin lalu.

"Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut.

"Pada Selasa sekitar jam 11.10 malam, pihak polis telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan pediatrik bahawa mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

"Siasatan masih diteruskan dengan merakam keterangan percakapan saksi-saksi yang terlibat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved