Budak Kecil Menangis Nak IKut OPengasuh Shopping barang Deepavali Buat Netizen Cair

Entertainment
19 Oct 2022 • 6:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tersenyum bila tengok video ini dimana melihat seorang kanak-kanak memang tak boleh berjauhan dengan pengasuhnya. Memang tak dinafikan ramai je orang yang macam ni, tetapi apa yang uniknya keluarga ini ia ibarat satu role model jiran tetangga yang harmoni dan berbilang kaum.

Bayi kepada @araa_vaniella, Syahirah Khalid dilihat begitu manja dan tak bileh berenggang dengan pengasuhnya berbangsa India yang dipanggil ‘Patti Amma’ ini.

 

Kasih tak kira kaum

Kisah bayi yang dikenali sebagai Nur Adelia Raisya Mohd Hafeez dan pengasuhnya ali Amgamah, 61 mula menjadi perhatian netizen setelah tular satu video yang memperlihatkan Adelia menangis dan merengek nak ikut pengasuhnya untuk membeli belah persediaan untuk hari Deepavali nanti.

Disebabkan itu, Syahirah benarkan Adelia yang berumur 7 bulan ini ikut pengasuhnya ini keluar bersama sebab dah terlalu rapat dan percaya. Video tersebut telah meraih 1.7 juta tontonan.

@araa_vaniella

Replying to @MissCallMissYou hello poliss.. anak saya dah xkenal ibu diaimage is not availableimage is not available

♬ Nyaman – Ash Fasryll

Dalam video lainnya dilihat seperti Adelia tidak boleh berjauhkan dengan pengasuhnya dan sering menyebut perkataan ‘Emak’ ketika berada di sisi pengasuh itu.

Menurut laporan Harian Metro, Syahirah berkata dia kini menetap di sebuah flat di Pulau Pinang Adelia dan seorang lagi rakan serumah.

Manakala, suaminya, Mohd Hafeez Harun, 32, pula menetap bersama tiga anak mereka yang lain di Manjung, Perak.

Berikutan itu, Syahirah yang bertugas sebagai jururawat tiada pilihan melainkan mendapatkan pengasuh bagi menjaga anak bongsunya ketika dia bekerja.

“Saya pernah usaha cari pengasuh di kumpulan pengasuh Pulau Pinang dekat Facebook (Fb) dan ada juga minta bantuan kawan tetapi memang susah untuk dapatkannya.”

“Kebanyakannya (pengasuh) enggan ambil anak jururawat kerana bekerja tiga syif dan pada awalnya, rakan serumah bantu jaga anak saya tetapi tidak lama kerana dia ada penyakit darah tinggi.”

“Anak saya pula jenis mudah meragam dan sukar tidur malam. Sementara dapatkan pengasuh, saya hantar anak ke kampung tetapi tidak lama juga kerana emak diserang strok jadi ayah minta saya cari orang lain untuk menjaga Lieya.”

Jadi, disebabkan tiada pilihan lain, rakan Syahirah menyarakan untuk hantar anaknya ke rumah Tiba (pengasuh) yang mana jirannya sendiri.

@araa_vaniella

Replying to @Susmiati Epong Epong celik2 mata je cari patti.. naseblah patti sayang dia..ngadeee je mintak perhatian

♬ Si Gendut – Agus Gobang

“Hari pertama saja Lieya menangis. Masuk hari kedua dan berikutnya, dia tidak menangis lagi malah nampak Lieya selesa sangat dengan pengasuhnya itu.”

Kata Syahirah lagi, selain memainkan peranan sebagai pengasuh, Tiba dilihat begitu ambil berat mengenai Adelia.

“Nampak dia (Tiba) sayang sangat dengan anak saya kerana dulu Lieya pernah sakit dan Tiba yang hantarnya ke klinik.”

“Hari saya tidak bekerja juga dia ada datang ke rumah bagi menjenguk Lieya malah pernah membawa anak saya itu pulang ke kampungnya di Sungai Petani,Kedah.”

“Sebagai ibu kandung, saya tidak cemburu langsung kerana faham Lieya sudah lama dijaga oleh Tiba jadi tentunya manja dengan pengasuhnya itu.”

Banyak netizen memberikan komen positif dan cair melihat keakraban mereka ini, dalam pada itu Syahirah turut menyatakan dia yakin dengan Tiba kerana selainrumahnya begitu bersih, Tiba juga tidak ada bela anjing.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.