Budak lelaki 3 tahun ditemukan sesat dalam kebun jagung

30 Dec 2024 • 2:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ini ditemui di kebun jagung di Jalan Tok Serah, Kampung Pulai Sebatang, Pontian pada Ahad.

PONTIAN - Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai tersesat ditemui di dalam kebun jagung Jalan Tok Serah, Kampung Pulai Sebatang di sini, pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 8.30 pagi.

“Hasil soal siasat dilakukan, kanak-kanak itu memberitahu namanya sebagai Ahmad atau Armizi selain dia bersama mak ciknya ketika berada di kebun terbabit.

“Daripada maklum balas orang-orang kampung di kawasan tersebut, mereka tidak mengenal kanak-kanak ini dan tidak menolak kemungkinan orang luar," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut Mohammad Shofee, setakat petang Ahad, belum mana-mana keluarga yang menuntut kanak-kanak itu.

Tambah Mohammad Shofee, Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Pontian telah mengambil kanak-kanak tersebut di Balai Polis Ayer Baloi pada petang Ahad, seterusnya dibawa ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan kesihatan.

“Pegawai Perubatan memberitahu kanak-kanak itu perlu ditahan diwad bagi menerima rawatan selanjutnya sebelum diserahkan kepada JKM bagi tujuan penjagaan,” ujarnya.

Justeru, beliau meminta mana-mana ahli keluarga yang kehilangan anak mereka boleh menghubungi Ketua Balai Polis Ayer Baloi, Sarjan Mejar Norzizah Kechik ditalian 013-7205161 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved