Budak Lelaki Dua Tahun Maut Terjatuh Dalam Lubang Pembentung

5 Aug 2025 • 11:53 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dalam satu insiden menyayat hati petang semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembentung berhampiran Jalan Pedada, di Sibu.

Menurut laporan Kosmo!, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.29 petang.

image is not available

Foto: FB Sarawak Awesom

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung insiden itu.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembentung yang terletak berhampiran laluan berkenaan,” katanya.

image is not available

Foto: FB Sarawak Awesome

Beliau berkata, operasi pencarian segera digerakkan pada jam 6.55 petang dengan anggota bomba melakukan pemeriksaan di bahagian saluran pembentung.

Hasil pencarian, pasukan kami menemui mangsa dalam keadaan terapung di dalam pembentung kira-kira jam 7 malam,” ujarnya.

image is not available

Foto: FB Sarawak Awesome

Susulan daripada itu, pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mayat kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved