Budak Lelaki Terperangkap 30 Minit, Terjatuh Ke Dalam Longkang Selepas Papan Penutup Patah

17 Dec 2025 • 1:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu hantaran tular di Facebook oleh laman @khas warga Hulu Langat merakamkan detik cemas melibatkan seorang budak lelaki yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Gurney, Dato’ Keramat, namun berjaya diselamatkan hasil kepekaan seorang rider Lalamove.

Budak lelaki jatuh dalam longkang selepas pijak papan penutup

Menurut perkongsian Tuan Asri Tuan Aliwi, rider berkenaan sedang menghantar pesanan ke kawasan sekitar Balai Felda sebelum terdengar bunyi tangisan seorang kanak-kanak.

image is not available

Foto: FB @Khas warga HULU LANGAT

Berasa pelik dan bimbang, dia bertindak mencari punca bunyi itu sehingga menemui seorang budak lelaki berada di dalam sebuah longkang berhampiran.

Artikel lain: Dua Pemuda Sanggup Redah Hujan, Bantu Warga Emas Terperangkap Dalam Ribut

Kanak-kanak tersebut dipercayai terjatuh selepas terpijak penutup longkang yang telah rosak dan patah. Difahamkan, mangsa berada di dalam longkang hampir 30 minit sebelum disedari.

“Adik ni terjatuh ke dalam longkang hampir setengah jam sebab papan penutup longkang patah. Allahuakbar, nasib baik masa tu tak hujan,” katanya.
image is not available

FB @Khas warga HULU LANGAT

Tanpa berlengah, rider tersebut meminta bantuan orang awam yang melalui kawasan itu bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak berkenaan. Kerjasama orang ramai membolehkan operasi menyelamat dilakukan dengan lancar.

Nasib menyebelahi mangsa apabila longkang berkenaan tidak dipenuhi air ketika kejadian, sekali gus mengelakkan sebarang kecederaan serius.

“Alhamdulillah, adik ni selamat dan tak cedera,” ujarnya.
image is not available

FB @Khas warga HULU LANGAT

Insiden ini mengundang rasa syukur dalam kalangan netizen yang memuji tindakan pantas rider tersebut serta keprihatinan orang awam yang sanggup membantu tanpa berlengah.Dalam masa sama, orang ramai turut menyeru pihak berkuasa tempatan khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar segera membaiki dan menggantikan penutup longkang yang rosak dengan struktur lebih kukuh.

Allahuakhbar… bahayanya

image is not available

Nasib tak hujan lebat

image is not available

Tutup pakai papan je?

image is not availableSumber: Facebook @Khas warga HULU LANGAT

The post Budak Lelaki Terperangkap 30 Minit, Terjatuh Ke Dalam Longkang Selepas Papan Penutup Patah appeared first on Borak Daily.