Budak Melecur Masuk Bilik TNB Sedang Kritikal, Ditidurkan

17 Nov 2023 • 5:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang budak yang dikenali sebagai Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi, 12, yang dilaporkan melecur akibat terkena renjatan elektrik dalam bilik jana kuasa TNB kini dalam keadaan kritikal dan ditidurkan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh bapa mangsa ketika ditemu bual bersama Malaysia Gazette yang mendedahkan anak lelakinya itu melecur hampir 50 peratus dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Budak melecur kritikal dan ditidurkan

@malaysiagazette

Replying to @Khairull/Affiliate tiktok Anak saya kritikal dan kini ditidurkan susulan melecur hampir 50 peratus akibat terkena renjatan elektrik ketika mengambil bola di kawasan bilik jana kuasa TNB di Taman Sri Bayu, Bayan Lepas – Bapa mangsa #malaysiagazette #mgnews #TNB #pencawangTNB #sribayu #bayanlepas

♬ Sad and lonely – MoppySound

“Saya tak tahu sebelum ini dia (mangsa) pernah masuk ke tidak tapi dia masuk nak ambil bola je tak tahu bahaya ke apa,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Dawisy telah masuk ke bilik stesen janakuasa elektrik TNB untuk mengambil bola, melecur selepas tersentuh alatan elektrik di dalam bilik itu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada jam 4.55 petang semalam di Taman Seri Bayu, Bayan Lepas, George Town, Pulau Pinang.

image is not available

image is not available

image is not available

Sumber: TikTok @Malaysia Gazette