Budak Perempuan Didakwa Dipaksa Makan Duri, Dicampurkan Dalam Roti Oleh Pembuli

Entertainment
2 Sep 2024 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masalah gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah dilihat seperti tiada penghujung, tidak kiralah dari mana-mana negara sekalipun perkara ini pasti berlaku.

Kadangkala, tindakan pembuli itu memang melampau dan memang tak terjangkau di akal kita seperti yang berlaku di negara jiran ini. Seorang jururawat kongsikan satu rakaman videonya mengeluarkan duri daripada mulut seorang murid perempuan.

Menurutnya, mangsa telah dipaksa oleh rakannya untuk memakan roti berinti kaya yang dicampurkan dengan duri atau sejenis benda halus tajam dan nipis seperti pencungkil gigi plastik. Jelas jururawat ini, ketika dia mengeluarkan bahan tersebut, duri itu sudah mencucuk hampir ke anak tekak dalam posisi melintang.

“Mesti sakit sangat adik ini, awalnya adik ini menangis berpanjangan tapi lama-lama selepas dipujuk dengan baik, akhirnya duri itu dapat dikeluarkan.”

Jika diperhatikan dalam video tersebut, duri yang dikeluarkan daripada mulut wanita itu agak panjang. Jadi, jururawat ini mengutuk tindakan pembuli tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyanda Fitria (@elyandaa_)

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang marah dan simpati melihat nasib si mangsa, malah, video ini turut tular di Malaysia dan ia telah mengundang kemarahan mereka terhadap sikap si pembuli itu.

image is not available image is not available image is not available

Haih kalaulah mangsa tu ahli keluarga min, memang min takkan berdiam diri.

Sumber : TikTok, IG Reels

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article