
RANTAU PANJANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Kampung Banggol Petai dekat sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu mangsa dikenali sebagai Aishah manakala rakan mangsa iaitu Mia juga berusia 11 tahun masih belum ditemui dan dikhuatiri lemas.
Mangsa dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian terbabit.
Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Azmi Jaafar ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.48 petang.
Menurutnya, semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pihaknya berdepan tugas sukar akibat cuaca buruk serta hujan lebat.
"Bagaimanapun SAR masih lagi dijalankan sehingga kini," katanya.
AKAN MENYUSUL


